Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nasib Dr Hasan, Khalid diketahui minggu depan
Diterbitkan:  Jan 14, 2010 11:20 AM
Dikemaskini: 8:37 AM

Lembaga disiplin PAS akan membuat keputusan membabitkan pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohd Ali dan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad pada minggu hadapan.

Pengerusinya Datuk Tuan Ibrahim Tuan berkata lembaga itu sudah selesai mendengar keterangan kedua-duanya dan kini sedang meneliti beberapa dokumen saksi sebelum membuat keputusan, lapor Harakahdaily.net .

Tambahnya, individu yang didapati bersalah dan dijatuhi hukuman bagaimanapun boleh merayu kepada jawatankuasa kerja pusat PAS dalam masa 30 hari daripada tarikh hukuman dijatuhkan.

Dr Hasan dan musuh politiknya Khalid telah dipanggil oleh jawatankuasa disiplin parti susulan aduan yang diterima bersabit dakwaan tindak-tanduk yang boleh merugikan Pakatan Rakyat di negeri itu.

Jika sabit kesalahan, kedua-duanya boleh hukum menurut Fasal 75 Perlembagaan PAS - sama ada dipecat, diberikan amaran atau digantung keahlian.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS