Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hadi kutuk perbuatan bakar gereja
Diterbitkan:  Jan 9, 2010 4:30 PM
Dikemaskini: 2:31 PM

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan pihak tidak bertanggungjawab menyerang tiga buah gereja dengan bom api di Lembah Klang semalam.

hadi awang visits Metro Tabernacle Church Beliau memberitahu pemberita demikian selepas meninjau kerosakan bangunan gereja Metro Tabernacle di Wang Maju hari ini.

Malah, kata Abdul Hadi, sewaktu perang pun umat Islam dilarang memusnahkan tempat ibadat, "apatah lagi ketika kita hidup dalam aman".

Beliau ditemani timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa. Mereka adalah antara pemimpin Pakatan Rakyat yang melawat bangunan gereja tersebut.

hadi awang visits Metro Tabernacle Church 2 Dalam kejadian tengah malam semalam, pejabat pentadbiran di tingkat bawah bangunan gereja tersebut hangus terbakar.

Kerosakan tersebut sangat teruk sehingga mengakibatkan keseluruhan bangunan tersebut sudah tidak boleh digunakan lagi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula dijadual melawat bangunan gereja itu pada jam 5 petang ini.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS