Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tidak boleh halang demo isu 'Allah': Najib
Diterbitkan:  Jan 7, 2010 10:36 AM
Dikemaskini: 10:32 AM

Kerajaan tidak akan menghalang orang ramai yang ingin mengadakan  perhimpunan di masjid-masjid selepas solat Jumaat esok bagi membantah mingguan Katholik menggunakan nama 'Allah', kata perdana menteri.

Datuk Seri Mohd Najib Razak diminta mengulas sama ada kerajaan mengamalkan sikap berbeza terhadap kumpulan tertentu yang menganjurkan demonstrasi.

Bantahan terhadap penggunaan kalimah 'Allah' dalam Herald The Catholic Weekly terus marak walaupun Najib sebelumnya menyeru semua pihak bertenang.

Kes tersebut kini di peringkat rayuan. Semalam, mahkamah menangguhkan perintah membenarkan mingguan itu berbuat demikian setelah dimohon oleh Kementerian Dalam Negeri.

Selain Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) merancang mengadakan bantahan di seluruh negara, sebuah lagi persatuan berpengaruh Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) juga akan menganjurkan bantahan yang sama.

Bantahan dua NGO Melayu dijadual diadakan di Masjid Negara.

Dua badan Islam berpengaruh Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) akan berhimpun di masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur pada waktu yang sama.

Pada 31 Disember lalu, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan Herald berbuat demikian dalam penerbitannya, mengundang reaksi negatif masyarakat Islam.

Isu tersebut pada mulanya dijangkakan akan reda apabila perdana menteri meminta umat Islam bertenang dan tidak terlalu "memanaskan" isu sensitif tersebut kerana kerajaan akan menanganinya sebaik mungkin.

Sehari selepas arahan Najib dibuat, Pemuda Umno Selangor yang turut bercadang mengadakan perhimpunan besar-besaran esok menangguhkan hasrat tersebut.

Baca berita penuh

ADS