Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kumpulan desak PAS S'gor keluar Pakatan Rakyat
Diterbitkan:  Dec 27, 2009 3:15 PM
Dikemaskini: 1:33 PM

Sebuah kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor mendesak parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat negeri ekoran rasa tidak puas hati terhadap pimpinan kerajaan campuran Selangor dalam memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu sebenarnya.

protest demanding pas leaves pakatan Ketua kumpulan itu, Wan Hilman Abdul Rahim berkata pihaknya merasakan rakan sekutu, PKR dan DAP cuba membelakangi PAS dalam membuat keputusan walaupun parti itu turut berada dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

"Kami merasakan PAS dipermainkan dan dibelakangi dalam membuat keputusan... kami tidak puas hati dengan cara kerajaan negeri Selangor menjaga rakyat, khususnya bangsa Melayu dan kepentingan Islam.

protest demanding pas leaves pakatan 03 "Justeru, kami mahu PAS mengkaji semula kedudukan mereka dalam pakatan rakyat di Selangor," kata beliau kepada pemberita selepas mengadakan perhimpunan aman bersama 21 orang di perkarangan pejabat perhubungan PAS Selangor dekat Shah Alam.

Sementara itu, Wan Hilman yang mendakwa ahli PAS dari bahagian Gombak menafikan kumpulannya didalangi Umno Selangor.

Katanya, satu memorandum akan diserahkan kepada Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali Isnin pagi di pejabatnya di Shah Alam. - Bernama

ADS