Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penduduk bantah bina lagi ampangan mega di S'wak
Diterbitkan:  Dec 27, 2009 5:05 PM
Dikemaskini: 9:11 AM

Kawasan hutan di Sarawak, seluas republik Singapura, akan tenggalam di bawah takungan air ampangan Bakun - projek berbilion ringgit yang hampir siap selepas bertahun-tahun dilanda kontroversi.

Ampangan tersebut - yang telah memaksa ribuan penduduk meninggalkan tanah nenek moyang mereka - berdepan dengan pelbagai masalah dan kelewatan sejak diluluskanpada 1993, serta kecaman berhubung impaknya terhadap alam sekitar.

penan forest sarawak 100708 02 Tetapi sebelum kemudahan turbin hidro-elektrik bernilai RM7.5 bilion mula berputar, para aktivis mula menyuarakan kebimbangan mereka terhadap rancangan membina 12 lagi ampangan mega di Sarawak.

Balan Balang, seorang ketua suku kaum Penan mengeluh ketika bercakap mengenai ampangan Murum - satu daripada 12 ampangan mega tersebut - yang bakal dibina di kawasan pemburuan dan perkuburan nenek moyang suku kaumnya.

"Kerajaan ini sangat jahat. Pada masa dulu orang memerangi kami dengan menggunakan kapak atau lembing. Pada hari ini, mereka memusnahkan kehidupan kami dengan hanya menandatangan beberapa keping kertas," katanya.

"Kaum saya tidak mahu meninggalkan tempat kami ini. Kami mahu mati di sini," katanya, yang sebelum ini meredah hutan untuk mendapatkan pertolongan peguam penduduk asal di Miri.

Aktivis hak asasi manusia mahu mengelak berulangnya tindakan pemindahan kira-kira 15,000 penduduk asal dari kawasan Bakun yang tidak gembira hidup di kawasan penempatan baru.

penan blockade in sarawak logging Perkampungan Balan Balang terletak di luar kawasan penempatan Murum, tetapi kira-kira 1,500 orang - sebahagian besarnya suku kaum Penan dan yang lainnya suku kaum Kenyah - akan terpaksa meninggalkan kediaman mereka dan berdepan dengan masa depan yang belum pasti.

Beliau adalah antara ketua suku kaum yang mendapatkan pertolongan Harrison Ngau, seorang bekas ahli parlimen yang menganggotai rangkaian peguam penduduk asal yang berusaha untuk menegakkan hak-hak suku kaum di Sarawak.

"Semua ampangan ini, mengapa perlukan begitu banyak ampangan di sini? Ia merupakan kad ATM bagi pemimpin politik buat wang," kata Ngau yang pernah dipenjara kerana pendiriannya menentang pembinaan ampangan mega dan pembalakan di kawasan suku kaum Penan.

[Baca laporan penuh]

sarawak dam projects 050708


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS