Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Liow dan penyokong letak jawatan MCA
Diterbitkan:  Dec 15, 2009 10:26 AM
Dikemaskini: 6:35 AM

Naib Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan 12 orang penyokongnya dalam jawatankuasa pusat (CC) telah menyerahkan surat peletakan jawatan mereka kepada setiausaha agung MCA pagi ini untuk membolehkan pemilihan baru parti diadadakan.

liow tiong lai and faction resign 151209 03 mca sec gen wong foo meng and liow 01 Bagaimanapun, peletakan jawatan mereka itu dibuat dengan bersyarat - ia hanya berkuatkuasa sekiranya dua pertiga anggota CC turut meletak jawatan.

Surat peletakan jawatan itu juga tidak bertarikh, dan ia hanya berkuatkuasa pada tarikh apabila dua pertiga anggota CC meletak jawatan.

"Tujuan peletakan jawatan itu adalah untuk membolehkan pemilihan baru parti diadakan. Jika tidak ada pemilihan baru, maka tiadak adalah peletakan jawatan. Selagi CC tidak dibubarkan, kami masih boleh menghadirinya," kata Liow.

Anggota CC mempunyai masa sehingga 25 Disember untuk menyerahkan surat peletakan jawatan mereka, iaitu syarat yang diputuskan oleh jawatankuasa khas pemilihan baru.

Sekiranya dua pertiga anggota CC meletak jawatan,maka pemilihan baru pucuk pimpinan parti itu perlu diadakan dalam tempoh satu bulan, iaitu 25 Januari depan.

Bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan surat peletakan jawatan mereka kepada setiausaha agung Datuk Wong Foon Meng, beliau berkata, adalah penting bagi pemilihan baru diadakan segera demi kebaikan parti itu.

liow tiong lai and faction resign 151209 05 "MCA semakin kesuntukan masa dan menjadi tanggungjawab kita untuk menyelesaikan krisisi parti. Kami serahkan kepada para perwakilan," katanya.

"Ia (pemilihan) perlu diadakan segera untuk memulihkan kredibiliti dan maruah MCA... pemilihan itu adalah cara terbaik untuk menyelesaikan masalah dalaman parti," tambahnya.

Tindakan Liow dan 12 penyokongnya meletakkan jawatan, kini meletakkan tekanan ke atas anggota CC lain yang masih belum berbuat demikian.

Liow memerlukan lapan lagi daripada 18 anggota CC untuk meletak jawatan sebelum pemilihan baru pucuk pimpinan parti itu dapat diadakan.

Perlembagaan MCA menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 21 anggota CC diperlukan meletak jawatan sebelum pemilihan dapat diadakan. Jawatankuasa MCA mempunyai 31 anggota

Mereka yang menyerahkan surat peletakan jawatan bersama Liow pagi ini, Tan Kok Hong, Lee Wei Kiat, Hou Kok Chung, Datuk Yu Chok Tow, Wong Nai Chee, Datuk Wee Jeck Seng, Datuk Yeow Chai Thiam, Datuk Hoh Khai Mun, Datuk Liew Yuen Keong,

Datuk Wong Mook Leong, Datuk Khoo Keok Hai, Datuk Wong Siong Hwee.

liow tiong lai and faction resign 151209 03 MCA dilanda krisis kepimpinan dengan Liow menggesa bekas mentornya, presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat supaya meletak jawatan demi kebaikan parti.

Kini tumpuan adalah pada timbalan presiden, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan penyokongnya. Chua - ketika bercakap dalam satu sidang akhbar sebelum ini - telah menyatakan kesediaanya untuk meletak jawatan.

Selain Chua, dipercayai terdapat empat lagi penyokongnya dalam CC.

Sekiranya kelima-lima mereka turut berbuat demikian, maka Liow masih memerlukan tiga orang lagi anggota CC untuk meletak jawatan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS