Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Seorang surirumah beranak dua mendakwa bahawa pihak agama negeri telah menukar agamanya kepada Islam sewaktu dia masih kanak-kanak ketika ditempatkan di sebuah rumah kebajikan di Kepala Batas.

S Banggarma, yang nama Islamnya Siti Hasnah Vangarama Abdullah berkata, dia menyedari mengenai perkara itu ketika hendak mendaftarkan perkahwinannya pada tahun 2000.

NONE Menurut surirumah itu, agamanya ditukar kepada Islam pada tahun 1989, ketika dia baru berusia tujuh tahun.

Banggarama telah meminta bantuan timbalan ketua Angkatan Muda PKR Kedah yang juga seorang peguam, Gooi Hsiao Leung dan timbalan ketua biro hal ehwal kaum India PKR kedah, R Kumaraguru Naidu.

Sebelum berkahwin dengan suaminya seorang nelayan, S Sockalingam, surirumah yang berusia 27 tahun itu berkata dia sudahpun memperolehi MyKad dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Ipoh.

Perkahwinannya berlangsung di Tanjung Piandang, Perak.

Banggarma telah lari dari Rumah Kanak-kanak Taman Bakti ketika dia berusia 16 tahun, bersama dengan beberapa lagi penghuni di situ, tanpa membawa sama sebarang dokumen pengenalan dirinya.

"Saya terperanjat apabila pegawai JPN memberitahu yang saya seorang Islam bernama Siti Hasnah. MyKad

saya dikeluarkan atas nama tersebut," katanya dalam satu sidang akhbar di pejabat Gooi di George Town hari ini.

Ekoran nama Islam itu, katanya, dia tidak dapat mendaftar perkahwinannya dengan Sockalingam yang dijalankan mengikut upacara agama Hindu. Dia juga tidak dapat mendaftarkan nama suaminya sebagai bapa kepada anak-anaknya dalam sijil kelahiran mereka.

Sijil lahir catat 'Hindu'

NONE Banggarma berkata selepas diberitahu mengenai pertukaran agamanya itu, dia pergi semula ke rumah kebajikan tersebut untuk mengambil dokumen pengenalan dirinya.

Seorang pegawai di rumah tersebut menyerahkan kepadanya sijil kelahiran yang mencatatkan dia dilahir beragama Hindu pada 13 Ogos 1982. Sijil tersebut mencatatkan dia dilahirkan di Keratong, Pahang. Bapanya seorang pekerja ladang, B Subramaniam dan ibunya bernama Latchumy Ramadu.

Pegawai kebajikan di rumah tersebut juga menyerahkan satu sijil yang menunjukkan pertukaran agamanya pada tahun 1989.

NONE Pertukaran agamanya dikatakan dibuat di hadapan seorang pegawai agama yang mewakili jabatan dan majlis agama Islam negeri. Dokumen tersebut mempunyai tandatangannya 'Hasnah' pada sudut bawah sebelah kiri.

Bagaimanapun, Banggarma tidak dapat mengingati insiden itu dan mendakwa dia sentiasa bersembahyang dan menjalani kehidupan sebagai seorang penganut Hindu ketika tinggal di rumah kebajikan tersebut.

"Saya sentiasa mengamalkan agama Hindu," katanya kepada pemberita.

Bagaimanapun, dia mengakui pernah menghadiri sesi solat bersama penghuni yang lain.

"Saya hanya ikut mereka," katanya.

Ekoran pertukaran agama itu, Banggarma menghadapi kesulitan untuk mendaftarkan kelahiran dua anaknya - Kanagaraj (8 tahun), dan Hisyanthini (2 tahun) - tahun lalu.

"Saya akhirnya dapat juga sijil kelahiran anak-anak saya itu melalui bantuan guaman. Dua kali

saya cuba untuk menukar balik nama saya kepada nama asal Hindu saya dalam MyKad. Tetapi usaha saya itu tidak berjaya," katanya.

P NONE ihak berkuasa agama siasat

Sementara itu, Gooi berkata beliau akan membawa isu kepada pihak berkuasa agama untuk mencari penyelesaian bagi mengakhiri masalah Banggarma itu.

"Kita akan membawa perkara itu ke mahkamah jika perlu berbuat demikian," katanya.

Gooi juga menyifatkan tindakan pegawai yang menukar agama Banggarma sebagai tidak "bertanggungjawab" serta membidas rumah kebajikan itu yang didakwanya telah mengabaikan tanggungjawabnya.

"Objektif utama sesebuah rumah kebajikan ialah untuk menjaga kanak-kanak. Hanya seseorang yang tidak bertanggungjawab sahaja yang akan menukar agama anak yang baru berusia tujuh tahun." katanya.

Ketika dihubungi, Presiden Majlis Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Datuk Shabudin Yahaya Said berkata satu siasatan akan dijalankan terhadap kes tersebut.

Katanya, memandangkan perkara itu sudah lama berlaku, maka pihaknya akan memeriksa terlebih dahulu rekod-rekod lama dan ia mungkin mengambil masa.

Manakala exco negeri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam, Abdul Malik Kassim pula enggan mengulas kes itu kerana menurutnya, ia adalah satu isu perundangan.

NONE Dalam sidang akhbar tersebut, Banggarma memberitahu yang dia dimasukkan ke rumah kebajikan tersebut

bersama dua lagi abangnya dan seorang adik perempuannya.

Katanya, dia ditemui sedang tidur bersama abang dan adiknya itu di tepi jalan di Kepala Batas dan pegawai kebajikan telah menempatkan mereka di rumah kebajikan tersebut.

Bagaimanapun sebaik sahaja mereka dimasukkan di situ, dia dan abang serta adiknya dipisahkan dan sejak itu mereka tidak pernah berjumpa.

Banggarma berkata ibunya meninggal dunia ketika dia masih kecil manakala bapanya telah meninggalkan mereka tidak lama selepas itu.

Katanya, bapanya pernah sekali melawatnya di rumah kebajikan itu ketika dia berusia 13 tahun.

Dan yang ada padanya kini, kata Banggarma, hanya suami dan anak-anaknya. Berita asal


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS