Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Dewan Pemuda PAS membentuk kumpulan khas bagi mengenalpasti punca persepsi negatif dan kemerosotan sokongan dari kalangan generasi muda.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, kajian tersebut dikendalikan oleh sebuah institut kajian dasar dan isu-isu semasa bawah dewan itu, Institut Kajian Polisi (IPS).

nasrudin hassan tantawi pas youth leader interview 160609 05 "Kita telah tubuhkan satu kumpulan pengkaji dalaman. Pandangan ahli akademik luar itu satu aspek. Tetapi kita mahu dapatan lebih terperinci dari sudut angka, faktor dan kedudukan generasi muda sekarang," katanya.

"Kalau faktornya disebabkan politik, maka kita ambil pendekatan politik. Kalau disebabkan imej, kita betulkan imej," tambahnya.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Nasrudin berkata, pertemuan dengan beberapa ahli akademik terkenal seperti Prof Dr Abdul Aziz Bari, Prof Dr Abu Hassan Hasbullah dan Prof Dr Mohammad Agus Yusoff merupakan sebahagian usaha mendapatkan maklumat untuk membantu kajian tersebut.

Selepas seminar politik PAS pada 7 November lalu, Nasrudin telah mengadakan pertemuan dengan Dr Abdul Aziz, yang mengkritik keras presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pertemuan dengan Prof Dr Mohammad Agus dan Dr Abu Hassan pula dijangka diadakan pada pertengahan bulan depan, tambah Nasrudin.

Katanya, Pemuda PAS sudah lama merancang untuk menjalankan kajian seumpamanya tetapi tergendala kerana terpaksa menghadapai tiga pilihan raya kecil selepas muktamar parti itu Jun lalu.

"Selepas seminar politik itu, semangat dan motivasi kita menjadi lebih berkobar-kobar.

"Tetapi kita juga akui, kajian persepsi ini merupakan perkara baru bagi kita," katanya yang sedang dalam perjalanan ke Baling bagi menghadiri sambutan mengenang 24 tahun peristiwa Memali.

Beliau juga berkata, kajian IPS dijangka siap sepenuhnya pada awal tahun depan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS