Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Seorang surirumah yang bertindak meminum racun rumpai selepas adik lelakinya mati ditembak polis, meninggal dunia petang ini.

seetha in hospital 15112009 Pemimpin Parti Hak Asasi Manusia (HRP) P Uthayakumar memberitahu Malaysiakini bahawa R Seetha meninggal dunia jam 3.05 petang di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang.

"Menurut doktor, punca kematiannya ialah keracunan paraquat dengan kegagalan fungsi beberapa organ," katanya.

Khamis lalu, surirumah yang berusia 32 tahun ini (foto) meminum racun tersebut dan turut memberinya minum kepada empat orang anaknya.

Seetha dikatakan terlalu sedih kerana dia begitu rapat dengan adiknya yang terbunuh itu.

Surendran, 24, adalah antara lima orang, termasuk seorang remaja 17 tahun, yang ditembak Isnin lalu.

Baca berita penuh


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS