Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPRM: Jayanti bukan saksi yang dicari
Diterbitkan:  Nov 11, 2009 6:14 PM
Dikemaskini: 10:20 AM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata Jayanthi LG Naidu bukanlah saksi yang dicari SPRM bagi membantu siasatan kes video Lingam.

Semalam, ahli Parlimen pembangkang R Sivarasa membawa Jayanti - yang dikatakan 'saksi utama' yang tidakdapat dikesan SPRM berhubung kes tersebut - ke Parlimen.

NONE Sebaliknya, SPRM dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya telahpun mengambil kenyataan saksi tersebut.

"Dan telah diambil kira keterangannya apabila keputusan dibuat oleh bahagian perundangan dan pendakwaan SPRM," kata kenyataan tersebut.

Jayanthi Naidu, yang merupakan antara saksi kes berkenaan, mengakui percutian Lingam dan mantan Ketua Hakim Negara Tun Eusoff Chin bersama keluarganya ke New Zeland pada 1990 dirancang dan dibayar oleh Lingam.

Jayanthi ialah bekas setiausaha Lingam sehingga 1995.

Sivarasa membawa Jayanthi ke Parlimen semalam ekoran kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Azri Abdul Aziz semalam bahawa SPRM tidak dapat menghubungi saksi utama dalam siasatan kes tersebut.

Nazri juga dilaporkan berkata, siasatan lanjut tidak dapat dilakukan oleh SPRM kerana saksi utama itu tidak dapat dikesan.

Berikutan itu, SPRM telah mengklafikasikan kes tersebut itu sebagai 'tiada tindakan lanjut'.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS