Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tidak wajar cerai isteri kerana lompat parti
Diterbitkan:  Nov 6, 2009 6:40 PM
Dikemaskini: 10:45 AM

Tidak wajar mengaitkan lafaz cerai dengan melompat parti kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata hal berkaitan penceraian bukan perkara main-main kerana ia boleh membawa kemudaratan kepada keluarga yang tidak berdosa dan boleh dianggap satu penganiayaan serta zalim.

"Saya nasihatkan pihak yang mengeluarkan kenyataan seumpama itu untuk ambil perhatian, dibimbangi perkara berkenaan akan jadi satu bahan permainan oleh masyarakat pula nanti," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar tempatan berbahasa Inggeris hari ini yang melaporkan wakil rakyat PAS dikatakan telah mengangkat sumpah akan menceraikan isteri masing-masing dengan talak tiga jika berhasrat melompat parti sebagai tanda kesetiaan terhadap parti.

Menurut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-71, Jamil Khir berkata cadangan memasukkan lafaz taklik sekiranya suami ingin berpoligami tidak perlu dilaksanakan.

Berdasarkan perkara itu, katanya, sudah tentu penggunaan taklik tidak sesuai digunakan dalam urusan berkaitan lompat atau keluar parti yang merupakan alasan paling longggar, tidak relevan dan munasabah. BERNAMA

ADS