Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Perompak tersilap gerudi kedai emas
Diterbitkan:  Nov 2, 2009 6:34 PM
Dikemaskini: 10:41 AM

Cubaan penjenayah merompak sebuah pajak gadai di bandar Pekan gagal kerana mereka tersalah menggerudi dinding untuk masuk ke

kedai berkenaan awal pagi ini.

Perompak telah menebuk dinding di bahagian atas kedai itu sedangkan barang kemas disimpan di bahagian bawah, kata Ketua Polis Daerah, Supt Yahaya Othman.

"Kerja pecah masuk itu dipercayai dilakukan pada awal pagi tadi," katanya.

Yahaya berkata polis percaya kegiatan pecah masuk itu dilakukan oleh beberapa suspek.

Sesiapa yang mempunyai maklumat diminta menghubungi ibu pejabat polis daerah Pekan di talian 09-42 21 222. BERNAMA

ADS