Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Wanita MCA turut gesa ahli CC letak jawatan
Diterbitkan:  Nov 1, 2009 9:17 PM
Dikemaskini: 1:22 PM

Jawatankuasa Pusat (CC) Wanita MCA Ahad mengambil keputusan menggesa seluruh anggota CC parti itu meletak jawatan bagi membolehkan pemilihan kepimpinan baru diadakan.

Keputusan itu dicapai pada mesyuarat CC Wanita MCA yang diadakan di Wisma MCA di ibunegara mulai pukul 10 pagi dan berakhir 6 jam kemudian.

Ketua pergerakan wanita MCA Datin Paduka Chew Mei Fun berkata keputusan yang dicapai hasil perbincangan anggota CC Wanita MCA itu akan dibawa ke jawatankuasa pusat parti itu yang akan bermesyuarat Selasa ini, lapor Bernama.

"Berikutan perbincangan mengenai perkembangan selepas EGM (mesyuarat agung luar biasa) pada 10 Okober, situasi semasa dan desakan baru-baru ini supaya diadakan pemilihan baru parti oleh 16 anggota CC MCA menerusi EGM, (maka) CC Wanita MCA mencadangkan peletakan jawatan en blok (beramai-ramai) CC MCA untuk memberi laluan kepada pemilihan parti demi menyelesaikan kebuntuan sekarang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat CC wanita itu.

Chew yang juga timbalan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat berkata beliau yakin dengan cara tersebut, ia boleh memastikan integriti parti dapat diselamatkan dan membolehkan parti terus bergerak ke depan.

Chew berkata mesyuarat itu juga mencapai keputusan sebulat suara supaya keputusan EGM pada 10 Oktober lepas serta Perlembagaan MCA dihormati, dan "tidak seorangpun dibenarkan atau dianggap boleh mengatasi keputusan EGM".

Khamis lepas, 16 anggota CC termasuk Chew, Naib Presiden Tan Kok Hon dan Ketua Pemuda Datuk Dr Wee Ka Siong memohon supaya pemilihan baru parti diadakan.

Dalam isu lain, Chew berkata mesyuarat hari ini turut membincangkan iklan tv P1 WiMAX iaitu servis internet jalur lebar tanpa wayar yang dikatakan berunsur lucah ekoran gaya bahasa badan dan penggunaan istilah "potong".

"Kita akan berbincang dengan syarikat berkenaan dan meminta ditarik balik iklan tersebut. Kalau syarikat berkenaan tidak dengar dan menerima nasihat Wanita MCA, kita ambil tindakan termasuk menyeru semua wanita supaya memboikot perkhidmatan dan syarikat berkenaan," katanya.

Turut berbangkit dalam mesyuarat enam jam itu ialah cadangan sekolah satu aliran oleh pelbagai pihak termasuk baru-baru ini oleh tokoh sejarah dan akademik Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim pada 22 Oktober lepas.

"Kita akan berbincang dengan syarikat berkenaan dan meminta ditarik balik iklan tersebut. Kalau syarikat berkenaan tidak dengar dan menerima nasihat Wanita MCA, kita ambil tindakan termasuk menyeru semua wanita supaya memboikot perkhidmatan dan syarikat berkenaan," katanya.

Turut berbangkit dalam mesyuarat enam jam itu ialah cadangan sekolah satu aliran oleh pelbagai pihak termasuk baru-baru ini oleh tokoh sejarah dan akademik Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim pada 22 Okt lepas.

"Kita bersetuju dengan pandangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (mengenai sekolah satu aliran yang akan mengambil kira pandangan rakyat).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS