Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Skim subsidi minyak distruktur semula
Diterbitkan:  Oct 23, 2009 5:32 PM
Dikemaskini: 10:20 AM

Kerajaan akan melaksanakan satu sistem pengurusan subsidi minyak pada awal 2010 bagi memastikan ianya hanya dinikmati oleh kumpulan sasar.

petrol price hike consumer interview 040608 01 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, minyak bersubsidi kini dinikmati oleh semua pengguna kenderaan termasuk pemilik kereta mewah dan rakyat asing.

"Keadaan ini membebankan kerajaan kerana menanggung subsidi yang tinggi," katanya ketika membentang bajet di Parlimen hari ini.

Menurut Najib, sistem yang mesra rakyat itu, akan menggunapakai Mykad dan infrastruktur sedia ada.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS