Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dr M kecewa kes Lingam ditutup
Diterbitkan:  Oct 23, 2009 1:19 PM
Dikemaskini: 5:33 AM

Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kecewa kerana kes pita video Lingam telah ditutup, dan oleh itu tidak memberi beliau peluang untuk membersihkan namanya.

"Beliau (peguam Datuk VK Lingam) tentunya merasa lega, Tetapi bagaimana dengan laporan suruhanjaya (diraja), mengenai pengaruhnya ke atas saya dalam pemilihan hakim-hakim?" soalnya.

Menurut Dr Mahathir, beliau sedang menunggu untuk hadir di mahkamah bagi mempertahankan dirinya berhubung isu tersebut, yang 'meletup' sewaktu pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Ada banyak perkara yang hendak saya cakapkan mengenai percubaan untuk mempengaruhi saya dalam pelantikan hakim-hakim," tulis Dr Mahathir dalam blognya.

"Oleh kerana Lingam tidak ada kes untuk dijawab, jadi bagaimana ia memberi kesan terhadap tuduhan yang saya dipengaruhi olehnya, di mana pita itu adalah mengenai dakwaan perbualan telefonnya dengan individu-individu lain.

"Adakah dia kata saya memintanya bercakap dengan orang-orang berkenaan? Adakah nama saya terbabit dalam panggilan telefon itu?

"Persoalan-persoalan ini akan kekal dalam minda orang ramai yang membaca kesimpulan suruhanjaya tersebut. Jadi bagaimana sekarang?" tambahnya.

Dr Mahathir juga berkata, beliau telah dimaklumkan bahawa pada waktu "rejim lalu", semakan terperinci dibuat untuk mencari contoh-contoh di mana beliau telah menyalahguna kuasa atau menerima pemberian secara salah ketika menjadi perdana menteri.

"Nampaknya, tiada apa yang ditemui. Mungkinkah salah satu cara untuk kenakan saya ialah dengan menuduh saya dipengaruhi oleh Lingam dalam pemilihan hakim-hakim oleh saya?"soalnya.

"Tidak ada kesalahan jenayah'

Baca berita penuh


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS