Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Umno cadang jambatan separuh Langkawi-Perlis
Diterbitkan:  Oct 19, 2009 7:08 PM
Dikemaskini: 11:10 AM

Umno bahagian Langkawi akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk projek pembinaan jambatan separuh bagi menjimatkan kos perbelanjaan, masa perjalanan feri dan kargo antara Langkawi dengan Kuala Perlis.

Ketua Umno bahagian itu Datuk Nawawi Ahmad, yang juga ADUN Kuah, berkata sekiranya cadangan pembinaan jambatan itu dipersetujui, projek itu berupaya membangunkan pelabuhan Langkawi sebagai pelabuhan bebas cukai.

Katanya pada masa ini, jarak perjalanan antara Langkawi ke Kuala Perlis, sejauh 24 kilometer memakan masa satu jam menerusi perkhidmatan feri, tetapi dengan pembinaan jambatan separuh itu, dapat menjimatkan masa kepada 20 minit.

Nawawi berkata cadangan pembinaan jambatan separuh bermula dari Teluk Apau ke Kuala Perlis dengan masing-masing melaksanakan projek tebus guna tanah sejauh enam kilometer.

Umno akan mengemukakan cadangan mengenai projek itu kepada kerajaan pusat menerusi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk dipertimbangkan, katanya pada sidang akhbar di Langkawi hari ini.

Nawawi bersetuju dengan pandangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak yang tidak setuju pembinaan jambatan menghubungkan Langkawi dengan Kuala Perlis kerana boleh menimbulkan kesesakan kenderaan. BERNAMA


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS