Umno akan merancang kursus intensif kepada akar umbi Umno di peringkat bahagian dan negeri bagi memastikan kemenangan Umno dan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang, kata Naib Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid yang juga pengerusi biro latihan Umno berkata Umno akan menyediakan tiga kursus di peringkat nasional, 13 kursus di peringkat bahagian dan 13 kursus lanjutan dan motivasi untuk memperkuatkan parti
"Ia bertujuan untuk BN dan Umno menang besar dalam pilihan raya dan merakyatkan Umno, seterusnya dapat memenangkan Umno dalam pilihnaryaa sekaligus menjulang Umno brdasarkan konsep 1Malaysia," katanya ketika mengggulung perbahasan di perhimpunan agung Umno di PWTC di ibunegara hari ini.
Katanya, kursus tersebut adalah berdasarkan kepada kursus di Janda Baik akhir bulan lalu, di mana pemimpin parti menyatakan ikrar dan bai'ah yang sokongan kepada Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dalam kursus itu dilihat berkesan kerana memperkukuhkan semangat kekitaan dalam Wanita, Pemuda, dan Puteri yang memberi sokongan kepada pucuk pimpinan parti.
Menurut Zahid kursus tersebut juga dilihat memartabatkan pengurusan untuk memenangi dua pertiga majoriti seterusnya merampaskan kembali negeri-negeri yang terlepas daripada tangan BN.
Seterusnya ia juga turut merampas kerusi kerusi DUN dan Parlimen, tambahnya.
Ahmad Zahid yang juga menteri pertahanan berkata beliau berjanji akan menjadi kebajikan seluruh anggota tentera termasuk anggota veteran.
Beliau juga menyifatkan PAS telah memanipulasi isu undi pos dalam pilihan raya kecil DUN bagan Pinang kerana kerkeringan isu untuk berkempen.
Tuduhan mereka bahawa anggota tentera seperti "kerbau dicucuk hidung, merupakan satu penghinaan kepada pegawai tentera di Malaysia", tambah Ahmad Zahid.