Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pensyarah diseru tumpukan kajian politik
Diterbitkan:  Oct 13, 2009 2:22 PM
Dikemaskini: 6:33 AM

Golongan cendekiawan di institusi pengajian tinggi disaran memberi tumpuan dalam bidang penyelidikan politik.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata matlamatnya bagi memberikan satu pemikiran baru dalam politik tanah air yang lebih sihat dan segar daripada apa yang ada pada hari ini.

Saifuddin, yang juga pernah menghasilkan buku bertajuk "Politik Baru", berkata cendekiawan IPT perlu menjurus penyelidikan politik mereka kepada kepelbagaian kaum, kesaksamaan gender dan penyertaan mengikut kaum.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Seminar dan Anugerah Hasil Penyelidikan Fakulti Ekologi 2009 di Universiti Putra Malaysia hari ini.

Beliau berkata kini sebahagian daripada ahli dan pemimpin politik ketandusan idea bernas bagi menguatkan parti selain asyik canggah-menyanggah walaupun idea yang dikemukan itu bernas.

"Sudah tiba masanya ahli politik dan pemimpin politik mengetepikan percanggahan ideologi politik mereka buat seketika dan mendengar pendapat cendekiawan bagi mewujudkan fenomena politik tanah air yang lebih baik," katanya. BERNAMA

ADS