Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

PAS membuat laporan polis malam tadi mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menyerahkan 70 kertas undi pos kepada pihak tentera.

Laporan tersebut dibuat oleh wakil calon PAS, Ramli Ismail di ibupejabat polis Port Dickson kira-kira jam 12 tengah malam tadi.

NONE Apabila pengundian pos di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) berakhir kelmarin, seramai 1,807 daripada 1,877 anggota tentera yang layak mengundi, telah mengundi.

Selebihnya, termasuk 2,694 lagi merupakan pengundi pos yang tinggal di luar kem, serta 31 anggota polis dan dua pengundi yang berada di luar negara.

Ketika dihubungi hari ini, Ramli mendakwa 70 kertas itu diserahkan kepada pihak tentera pada jam 5.45 petang semalam.

Sepatutnya, kata beliau, 70 kertas undi dikembalikan kepada SPR.

"Untuk apa diserahkan kepada pihak tentera. Apa tujuannya?" katanya kepada Malaysiakini.

Terdapat 13,994 pemilih, termasuk 4,604 pemilih pos, yang layak mengundi dalam pilihanraya kecil kali ini.

Sementara itu, pengerusi jawatankuasa undi pos Dewan Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat pula berkata, tindakan menyerahkan 70 kertas undi itu kepada pihak tentera menimbul kecurigaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS