Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Gegaran gempa bumi dirasai di Semenanjung
Diterbitkan:  Sep 30, 2009 7:26 PM
Dikemaskini: 1:00 PM

Gempa bumi berskala 7.7 Richter berlaku di selatan Sumatera, Indonesia pada jam 6.16 petang menyebabkan gegaran dirasai di beberapa kawasan di pantai barat Semenanjung Malaysia, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Pusat gempa bumi itu berlaku kira-kira 60km barat daya bandar Padang di Sumatera dan 452km barat daya Melaka.

Jabatan Meteorologi sedang memantau keadaan dengan rapi, lapor Bernama.

Di sekitar Lembah Klang, orang ramai kelihatan bergegas keluar daripada pejabat dan bangunan tinggi ekoran gegaran itu.

Agensi berita Reuters melaporkan gempa bumi itu berukuran 7.9 skala Richter dan amaran tsunami telah dikeluarkan oleh Pusat Tsunami Pasifik.

earthquake sumatera Sementara itu, Jakarta Post melaporkan bahawa gempa bumi itu berlaku pada kira-kira jam 5:17 petang tetapi tidak mengakibatkan berlaku sebarang tsunami.

Di Medan, ratusan penduduk keluar meninggalkan rumah dan bangunan kerana bimbang berlaku keruntuhan bangunan ekoran gegaran yang kuat itu.

Manakala Kompas.com pula melaporkan warga Kota Jambi dan sekitarnya juga merasakan goncangan gempa yang berpusat di Pariaman, Sumbar, itu.

Gegaran itu menyebabkan warga Kota Jambi berlari keluar rumah untuk menyelamatkan diri.

Setakat ini belum ada maklumat mengenai kerosakan akibat gempa bumi itu yang turut dirasai di kabupaten di Jambi, Bengkulu, dan Aceh.

Sementara itu, Bernama melaporkan, seramai 330 pelajar Malaysia di Padang, umatera dilaporkan selamat selepas kejadian gempa bumi yang berlaku berhampiran andar itu, demikian disahkan oleh Jabatan Penuntut Malaysia di Jakarta.

earthquake sumatera 02 Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Dr Junaidi Abu Bakar berkata 80 peratus daripada pelajar telah berkumpul di lapangan kampus perubatan Universiti Andalas ehingga jam 6.30 petang tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi berskala 7.7 Richter

berlaku di selatan Sumatera pukul 6.16 petang menyebabkan gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia.

Gempa bumi itu berlaku kira-kira 60km barat daya bandar Padang di Sumatera dan 452km barat daya Melaka.

Sementara itu, Pusat Tsunami Pasifik telah menarik balik amaran tsunami yang dikeluarkan selepas gempa bumi itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS