Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Setiausaha agung MIC yang baru dilantik, S Murugesan mahu semua cawangan parti itu kembali mendampingi masyarakat tempatan dengan menubuhkan lebih banyak cawangan baru.

"Pada masa ini, pengambilan ahli baru berjalan melalui sayap Putera. Penambahan keahlian di peringkat cawangan adalah perlahan," katanya kepada Malaysiakini.

MIC secretary general interview s murugesan 170909  01 Murugesan yang juga seorang peguam berkata, tugas pertamanya dari Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu ialah untuk meyakinkan pengundi supaya kembali mengundi BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang dengan turun menemui akar umbi.

"Saya ingin menyeru pengundi India di Bagan Pinang supaya memberi peluang kepada MIC dan BN. Anda telah melihat prestasi mereka. Bagilah kami peluang," katanya.

Mengenai pelantikannya, Murugesan berkata, beliau tidak menyangka langsung akan dilantik sebagai setiausaha agung MIC.

Selain Murugesan, turut dilantik ialah Jaspal Singh sebagai bendahari agung manakala P Kamalanathan sebagai ketua penerangan MIC.

Menurut Murugesan, ahli jawatankuasa pusat MIC yang baru dipilih akan bermesyuarat tidak lama lagi.

Ditanya mengenai sama ada MIC masih relevan, beliau berkata, parti itu masih di hadapan, mewakili kepentingan masyarakat India.

Baca berita penuh

ADS