Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Video: Hari ke-4 Malaysiakini disiasat
Diterbitkan:  Sep 11, 2009 3:35 PM
Dikemaskini: 9:45 AM

Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mempertahankan tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat Malaysiakini berhubung dua videonya mengenai demonstrasi mengarakkan kepala lembu hujung bulan lalu.

"SKMM bertindak dalam batasan undang-undang," kata timbalan menterinya Datuk Joseph Salang Gandum.

NONE "Isu itu panas. Saya tidak fikir mana-mana wajar memburukkan lagi keadaan."

"SKMM sebagai badan yang mengawal.

"Orang ramai tidak senang jika mereka (SKMM) tidak mengambil sebarang tindakan," katanya (foto) lagi sebelum majlis akhir pertandingan menulis lagu anjuran Celcom di Petaling Jaya malam tadi.

Tambahnya, siasatan SKMM terhadap akhbar web itu - selepas keengganannya membuang dua video tersebut - tidak mengekang kebebasan media.

Suruhanjaya itu menjalankan siasatan terperinci dan secara intensif terhadap Malaysiakini sejak Sabtu lalu - bermula dengan mengambil keterangan ketua pengarang kumpulannya Steven Gan.

Hari ini sekumpulan pengawai penyiasat SKMM menyiasat pelayan web akhbar ini, juga pembekal khidmat internet, Jaring di Taman Teknologi Malaysia di Sungai Besi (foto bawah) .

Mereka kemudian mengambil keterangan lanjut mengenai pelayan web itu di pejabat Malaysiakini di di Bangsar Utama, Kuala Lumpur.

NONE Semalam mereka menghabiskan masa beberapa jam cuba mendapatkan jejak digital penerbitan video itu dan mengambil keterangan seorang jurukamera Mohd Kamal Ishak di pejabat Malaysiakini .

Kelmarin, sekumpulan lapan pegawai SKMM menyiasat 12 pegawai kanan, editor, wartawan dan kakitangan teknikal dalam usahanya menyiasat klip video ' Temple demo: Residents march with cow's head ' dan ' Hisham: Don't blame cow-head protesters '.

Video pertama memaparkan demonstrasi kira-kira 50 penduduk dan pemimpin NGO Melayu yang membantah pemindahan kuil ke Seksyen 23 di depan bangunan sekretariat kerajaan Selangor di Shah Alam, 28 Ogos lalu.

Sementara video kedua berkaitan liputan sidang media Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, 2 September lalu, selepas pertemuannya dengan 10 pemimpin yang terlibat dengan perhimpunan tersebut.

Berita berkaitan:

Videos: Minister says public expect action

MCMC gathers final evidence, charges expected


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS