Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
16 dibebas dengan ikatjamin
Diterbitkan:  Sep 6, 2009 4:43 PM
Dikemaskini: 8:46 AM

Polis hari ini membebaskan kesemua 16 orang termasuk tiga wanita yang ditahan kerana dipercayai terlibat dalam perarakan nyalaan lilin dari Masjid Jamek, Jalan Tun Perak, menghala ke Dataran Merdeka malam tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Mohammad Sabtu Osman berkata kesemua mereka dibebaskan pagi ini dengan jaminan polis selepas keterangan mereka direkod.

"Siasatan masih lagi dijalankan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Mereka yang ditahan itu, termasuk bekas tahanan ISA P Uthayakumar.

Ia bermula dengan perarakan oleh kira-kira 100 orang dari Masjid Jamek dekat situ.

Mereka yang menyanyi sambil membawa bunga mawar merah dan putih serta lilin, meminta rakyat Malaysia menghormati satu sama lain.

Polis kemudiannya bertindak menyurai perarakan tersebut.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS