Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang dipanggil oleh Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat pada 27 September ini merupakan satu langkah strategik pihaknya untuk memintas percubaan timbalannya yang dipecat, Datuk Seri Chua Soi Lek untuk mengadakan EGM yang sama.

NONE Langkah itu meletakkan Chua dalam dilema kerana tindakan presiden MCA itu dikatakan telah meredakan sentimen anti-Ong di kalangan penyokong Chua.

Setiausaha Agung MCA, Wong Fong Meng, seorang penyokong Ong berkata, parti itu akan hanya mengadakan satu EGM supaya tidak membebankan para perwakilan.

Katanya, ia juga meringan beban logistik dan tekanan ke atas sumber manusia di ibupejabat MCA.

Kumpulan yang bertelagah itu diberi tempoh sehingga esok untuk mengemukakan agenda EGM masing-masing, yang kemudian akan dikompilasikan oleh pihak ibupejabat parti.

Mengapa 27 September? Parti itu telah menetapkan tarikh 11 Oktober ini untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) - hanya dua selepas tarikh 27 September.

Ini bermakna kira-kira 2,400 perwakilan terpaksa berulang alik sebanyak dua kali ke Kuala Lumpur dalam tempoh tiga minggu untuk menghadiri kedua-dua mesyuarat tersebut.

Jika penyokong Chua masih berkeras untuk memanggil EGM mereka selepas EGM pada 27 September, maka mereka terpaksa menunggu kemudian, iaitu selepas AGM pada 11 Oktober.

Ini kerana perwakilan mungkin keberatan untuk datang lagi ke ibunegara dalam tempoh yang singkat, terutama perwakilan atas pagar, yang sudah meluat dengan pertelagahan dalam parti itu sekarang.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS