Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Gempa kuat landa Jakarta
Diterbitkan:  Sep 2, 2009 5:38 PM
Dikemaskini: 9:41 AM

Gempa bumi sekuat 7.3 pada Skala Richter yang membawa ancaman tsunami, menggegarkan Pulau Jawa dari pusat gempa di Tasik Malaya hingga ke Bandung dan Jakarta, pada jam 2.55 petang ini.

Ancaman tsunami itu dipantau oleh pihak berkuasa Indonesia yang berkaitan dalam tempoh sehingga setengah jam selepas kejadian dan amaran itu ditarik balik pada 3.50 petang ini, lapor Bernama.

Gegaran gempa yang sangat kuat itu mengakibatkan puluhan ribu pekerja di bangunan tinggi di Jakarta menjadi panik dan bertempiaran lari menyelamatkan diri melalui tangga kecemasan, termasuk di bangunan 20 tingkat Wisma Antara di Jalan Merdeka Selatan.

Walaupun pusat gempa itu pada kedalaman 30km di kedudukan 142km ke barat daya Tasik Malaya, namun gegarannya yang kuat begitu terasa di Jakarta, yang jaraknya terletak hampir 400km.

Setakat ini belum dapat dipastikan tahap kerosakan harta benda atau kemalangan jiwa dan kecederaan akibat gempa itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS