Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pengawal mahkamah bersalah mencuri
Diterbitkan:  Sep 2, 2009 1:34 PM
Dikemaskini: 6:01 AM

Seorang pengawal keselamatan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur dijatuhi hukuman penjara sepuluh bulan hari ini

setelah mengaku bersalah mencuri sebuah komputer riba daripada perpustakaan di kompleks itu kira-kira dua bulan lepas.

Majistret Hafizza Sauni memerintahkan Mohd Zukey Ismail, 41, menjalani hukuman tersebut bermula dari tarikh beliau ditangkap iaitu 21 Julai 2009.

Sebelum ini, di mahkamah yang sama pada 8 Ogos lalu, Hafizza telah menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap Mohd Zaki Ishak, 26, setelah mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang sama.

Kedua-dua mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut di kompleks itu pada jam lebih kurang 1 petang pada 19 Julai 2009.

Mengiku fakta kes, pemeriksaan rakaman kamera litar tutup (CCTV) menunjukkan kedua-dua tertuduh telah keluar daripada perpustakaan itu pada hari kejadian. BERNAMA

ADS