Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Semasa Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi pengerusi perhubungan Umno Perak, BN berjaya merampas kembali pemerintahan negeri itu dari tangan Pakatan Rakyat.

sivakumar and zambry at perak state assembly 130509 03 Ia menjadi kenyataan apabila tiga ADUN Pakatan Rakyat - dua dari PKR dan seorang dari DAP - bertindak keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong BN.

Apabila Umno melakukan rombakan kepimpinan peringkat negeri pada 24 April lalu, Najib mengambil alih pula jawatan pengerusi Umno Selangor.

"Jika kita masih ingat apa yang berlaku di Perak, maka kita juga boleh membuat kesimpulan bahawa Selangor adalah sasaran Najib seterusnya. Beliau berjanji akan merampas semula Selangor, dan beliau mungkin dapat melakukannya," kata pensyarah antropologi dan sains sosial Universiti Malaya, Noor Sulastry Yurni Ahmad.

NONE Berbeza dengan pergelutan di belakang tabir sebelum tumbangnya kerajaan Pakatan di Perak, Najib telah mengisytiharkan niatnya secara terbuka untuk ‘merampas semula Selangor, ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kuala Selangor pada 9 Ogos lalu.

Kenyataan perdana menteri itu telah menimbulkan kegelisahan di kalangan pemimpin Pakatan dan masing-masing mengambil langkah untuk memastikan tiada wakil rakyat mereka melompat parti.

Namun, langkah tersebut mungkin sudah terlambat kerana ADUN Pelabuhan Klang dari PKR, Badrul Hisham Abdullah tidak dapat dikesan.

najib pc on bn takeover of perak state with 4 aduns 050209 03 Sepertimana yang berlaku di Perak, ADUN terbabit pada kebiasaannya ‘hilang' sebelum muncul semula untuk mengumumkan mereka telah keluar parti. Inilah yang berlaku dalam kes ADUN Perak - Jamaluddin Mohd Radzi, Osman Jailu, Hee Yit Foong dan Nasharuddin Hashim.

Dengan mengambilkira ‘kehilangan' Badrul Hisham dalam kontak ini, nampaknya usaha untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Selangor mungkin sudah lama berjalan, walaupun Najib baru membuat pengumuman mengenainya beberapa minggu yang lalu.

Baca berita penuh


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS