Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Laporan SPRM terhadap Tiong, Kuala Dimensi
Diterbitkan:  Aug 26, 2009 4:09 PM
Dikemaskini: 8:21 AM

Pengerusi Pelabuhan Klang, Datuk Lee Hwa Beng membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Kuala Dimensi Sdn Bhd dan pemilik utamanya, Datuk Tiong King Sing berhubung kemungkinan berlaku tuntutan palsu.

Laporan tesebut, yang dibuat di ibupejabat SPRM di Putrajaya, turut menamakan tiga lagi, termasuk bekas pengurus besar PKA, OC Phang.

PKA chief lee hwa beng at macc 26082009 Dua lagi ialah BTA Architects - konsultan yang dilantik bagi projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) - dan Bernard Tan Seng Swee - konsultan yang dilantik untuk kerja-kerja pembangunan.

Laporan SPRM itu dibuat tidak lama selepas satu laporan polis dibuat pada 11 Ogos lalu terhadap Tiong dan Kuala Dimensi berkaitan tuntutan bil berjumlah antara RM500 juta dan RM1 bilion.

Bagaimanapun, Lee berkata terdapat satu jumlah tambahan sebanyak RM720 juta, menjadikan jumlahnya menjadi RM1.4 bilion dalam kemungkinan berlakunya 'konspirasi'.

Pasukan petugas khas yang ditubuhkan oleh PKA untuk menyiasat salah pengurusan dalam PKFZ, mengesan ada yang kena dengan tuntutan yang dibuat oleh Kuala Dimensi itu.

Pasukan petugas itu menyatakan Kuala Dimensi mungkin telah terlebih membuat tuntutan terhadap PKA, antara RM500 juta dan RM1 bilion.

Ini diperkukuhkan lagi oleh pasukan petugas khas yang dilantik oleh Kementerian Pengangkutan untuk menyiasatkan tuntutan tersebut.

Baca berita penuh


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS