Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
AG fail saman batal arahan k'jaan S'gor
Diterbitkan:  Aug 20, 2009 6:25 PM
Dikemaskini: 11:23 AM

Peguam Negara memfailkan saman pemula untuk membatalkan pekeliling kerajaan Selangor berhubung arahan menghadiri interbiu bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

gani patail Menurut Ketua Unit Perhubungan Awam Jabatan Peguam Negara, Roslan Ahmad, saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam petang ini.

Melalui saman tersebut, peguam negara memohon pengisytiharan berikut:

bullet button Satu deklarasi bahawa Pekeliling Setiausaha Kerajaan Selangor Bilangan 4 Tahun 2009 bertarikh 28 Julai 2009 berkenaan arahan menghadiri interbiu bagi tujuan membantu siasatan yang dilakukan oleh SPRM.

bullet button Mana-mana perintah yang difikirkan adil dan suai-manfaat oleh mahkamah.

Menurut Roslan, permohonan tersebut disokong oleh afidavit yang diikrarkan oleh peguam negara pada 20 Ogos lalu.

"Satu perakuan segera akan juga difailkan untuk mendapat tarikh awal pendengaran permohonan ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, kerajaan negeri mengarahkan bahawa interbiu tersebut hanya boleh dijalankan dalam waktu pejabat, hanya di bangunan setiausaha kerajaan negeri dan mesti ditemani peguam.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS