Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

DAP akan mengemukakan satu lagi saman ke atas Utusan Malaysia berhubung laporan akhbar berkenaan awal tahun ini yang mengaitkan pemimpin parti itu dengan isu menghina Islam.

NONE Ahli parlimen Jelutong, Jeff Ooi ( kanan ), berkata tindakan undang-undang itu dibuat atas arahan setiausaha agung parti itu Lim Guan Eng supaya bertindak menyaman pihak yang didakwa memburukkan anggota parti itu.

"Saya tidak menghina Islam. Secara terang-terangan laporan Utusan Malaysia ini bermotifkan politik," kata Ooi dalam satu kenyataan – merujuk berita 'DAP hina Islam?' pada 24 Feb lalu.

Ooi juga mengarahkan peguam-peguamnya untuk mengambil tindakan segera bagi mempertahankan haknya daripada "serangan jahat Utusan."

Katanya lagi, akhbar berkenaan konsisten untuk memaparkan imej negatif terhadap DAP serta pemimpin-pemimpinnya berhubung isu Islam dalam usaha menimbulkan perasaan benci.

Ooi juga berkata laporan-laporan berkenaan berkembang menjadi "pemprofilan berasaskan agama" yang tidak henti-henti terhadap parti itu.

Terbaru, Loke disiasat polis pada Jumaat lalu atas dakwaan menghina Islam dan Sultan Perak dalam satu blog – ketua Pemuda itu bagaimanapun menafikannya dalam satu lagi aduan polis menjelaskan pendiriannya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS