Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dharmala NS meninggal dunia
Diterbitkan:  Aug 12, 2009 4:01 PM
Dikemaskini: 9:38 AM

Sasterawan dan budayawan Dharmala NS atau nama sebenar beliau Abdul Muluk Daud meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-kira 8.45 pagi ini akibat sakit jantung.

Abdul Muluk, 62, yang turut mesra dengan panggilan Pak Dharma meninggalkan seorang balu dan enam orang anak - empat lelaki dan dua perempuan, antara 16 hingga 31 tahun.

NONE Balunya Adiah Matlana, 54, berkata Dharmala diserang sakit jantung selepas bersahur bersama ahli keluarganya di Taman Seri Gombak, Selangor pada 4 Ogos lepas, lapor Bernama .

"Pak Dharma terus dikejarkan ke Hospital Selayang oleh ahli keluarga dan dimasukkan di Unit Rawatan Jantung (CCU) sehingga menghembuskan nafas terakhir pagi ini," katanya kepada agensi berita itu.

Abdul Muluk juga pengendali laman blog Warga Prihatin Malaysia (Prima).

Adiah berkata jenazah allahyarham dikebumikan di kampung asalnya di Kampung Bachang Mantin, Jelebu selepas solat Asar.

Allahyarham semasa hayatnya merupakan penulis novel, cerpen, sajak, drama televisyen dan penulis skrip filem Raja Melewar .

Novel hasil buah tangannya termasuklah Hanya Tinggal Kenangan , Lembah Tercinta dan Tinggal Kasih Tinggallah Sayang , sementara cerpennya pula Rumah Baru (antologi bersama), Sayembara II (antologi bersama), Sayembara III .

Drama TV karyanya antaranya Terbang Kenyalang dan Satu Anugerah .


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS