Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rosmah lancar laman web peribadi dengan 13 bahasa
Diterbitkan:  Aug 4, 2009 12:26 PM
Dikemaskini: 8:10 AM

kemaskini 3.46pm Wanita pertama negara Rosmah Mansor melancarkan laman web peribadinya di alamat Pejabat Perdana Menteri (PMO), dipercayai antaranya untuk menangkis paparan negatif terhadapnya di internet.

Laman webnya di www.pmo.gov.my/datinrosmah memuatkan biodata beliau, berita dan aktiviti bergambar, koleksi teks ucapan, diari, keratan akhbar dan galeri video.

Melalui lama web ini, para pengunjung boleh mengakses beberapa laman web lain pembabitan sosialnya seperti Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), Permata Negara, Permata Pintar, Yayasan Pembangunan Anak-anak Yatim dan Miskin (Pemangkin), Yayasan Aids Kebangsaan dan Universiti Industri Selangor (Unisel).

NONE Dengan laman web Rosmah ini, kali pertama isteri seseorang perdana menteri Malaysia mempunyai seksyen rasmi di laman web Pejabat Perdana Menteri.

Selain dalam bahasa Malaysia dan Inggeris, laman web itu boleh juga dicapai dalam 11 bahasa utama dunia menggunakan perisian penterjemah automatik di internet.

Laman web yang dibangunkan oleh Bahagian Sistem Maklumat Pengurusan Ketua Eksekutif (SMPKE) PMO itu juga akan ditambah dari semasa ke semasa, seperti aplikasi interaktif dan maklum

balas, sekiranya terdapat permintaan.

Ketika merasmikan laman web tersebut, Rosmah menyeru pengguna internet supaya bijak menapis maklumat dan tidak mudah

terpengaruh dengan mesej berbau fitnah dan hasutan, lapor Bernama .

Tambahnya, trend masa kini menunjukkan kemajuan teknologi

maklumat digunakan untuk menyebarkan fitnah dan dakyah.

"Kemajuan teknologi maklumat seharusnya digunakan dengan sebaik mungkin dan secara bijak untuk dimanfaatkan," beliau dipetik berkata di Putrajaya hari ini.

Awal Jun lalu, Rosmah menjadi sasaran kempen memburuk-burukkan beliau melalui beberapa klip video dengan menggelarkan isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai "perempuan puaka" dengan tuduhan-tuduhan berat.

Sebelum itu foto beliau kelihatan bercium pipi dengan bintang filem tersohor Shah Rukh Khan turut disebarkan secara meluas di internet, selain akuan bersumpah dan artikel karya Raja Petra Kamaruddin yang mengaitkan beliau dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Rosmah menafikan pembabitan dengan kes wanita Mongolia itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS