Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

NONE Pemimpin Umum PKR itu berang dengan laporan muka depan Utusan yang memetik Muhyiddin menuduh Anwar pengkhianat' kepada perjuangan Melayu dan menuduhnya memutarbelit fakta mengenai usaha martabatkan Melayu.

Muhyiddin membuat kenyataan tersebut ketika merasmikan mesyuarat Umno bahagian Sri gading di Johor semalam.

Berikutan itu, Anwar mahu timbalan perdana menteri menarik balik kenyataannya itu dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

Dalam surat tuntutannya kepada Muhyiddin dan Utusan, Anwar juga menuntut gantirugi sebanyak RM100 juta daripada kedua-dua pihak berkenaan.

Baca berita penuh


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS