Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kes Anwar: Pendakwa dibenar tangguh serah dokumen

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan pendakwaraya menangguhkan dahulu penyerahan dokumen berkaitan kes liwat Datuk seri Anwar Ibrahim, sementara menunggu keputusan rayuan mereka di Mahkamah Rayuan terhadap perintah tersebut.

Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Dian membenarkan permohonan pendakwaraya itu pagi ini.

Pendakwaraya memohon penangguhan penyerahan dokumen itu atas alasan:

bullet button Perintah mahkamah supaya menyerahkan dokumen tersebut kepada tertuduh mempunyai implikasi dan kesan, bukan sahaja terhadap kes liwat tersebut, tetapi juga kes-kes jenayah yang lain.

bullet button Ia akan mengelak rayuan pendakwaraya di Mahkamah Rayuan daripada menjadi akademik, kerana ia membabit persoalan perundangan tertentu.

bullet button Perkara memberi salinan kenyataan saksi kepada Anwar, membabitkan persoalan undang-undang yang perlu diputuskan terlebih dahulu oleh mahkamah rayuan, sebelum Mahkamah Tinggi meneruskan perbicaraan kes tersebut.

Baca berita penuh

ADS