Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemimpin Pemuda MIC ditangkap isu Kg Buah Pala
Diterbitkan:  Jul 23, 2009 12:16 PM
Dikemaskini: 11:32 AM

Penyelaras pergerakan Pemuda MIC, T Mohan ditahan di Pulau Pinang pagi ini ketika membantu seorang penduduk Kampung Buah Pala yang mengedarkan baju-T 'Selamatkan Kg Buah Pala' di sebuah kuil di Jalan Dato Keramat.

"Polis bertindak agresif terhadap kami...mereka biadap dan bila memasang gari, tangan saya cedera," kata Mohan.

Katanya, beliau akan membuat laporan terhadap pegawai yang menangkapnya.

NONE Mohan sepatutnya bertemu Ketua Menteri, Lim Guan Eng pada jam 11 pagi untuk menyerahkan memorandum mendesak kerajaan negeri menjual kampung tradisional India yang terakhir itu kepada MIC supaya ia dapat dipulangkan kepada penduduknya.

Selain Mohan, lima lagi anggota Pemuda IC dan dua penduduk Kampung Buah Pala turut ditangkap.

Setiausaha Pemuda MIC pusat, C Sivaraj; pengerusi biro kebajikan dan sosial, L Subramaniam dan K Jayashanker, penduduk yang mengedarkan baju-T itu adalah antara mereka yang ditangkap.

Mereka telah dibawa ke balai polis daerah Timur Laut di Jalan Pattani.

Rancangan awalnya ialah penduduk Kampung Buah Pala, bersama dengan anggota Pemuda MIC, berarak dari kuil tersebut ke pejabat ketua menteri.

Mereka ditahan kerana didakwa menyertai perhimpunan haram.

Ketika dihubungi, Sivaraj berkata, mereka tidak diberi masa oleh pihak polis untuk bersurai.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS