Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Suami dipenjara edar gambar lucah isteri
Diterbitkan:  Jul 20, 2009 3:45 PM
Dikemaskini: 7:49 AM

Seorang suami dihukum enam bulan penjara dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Kuantan hari ini selepas mengaku

bersalah mengedar gambar lucah isterinya bulan lalu.

Abdul Aziz Basri, 57, seorang pembekal alat ganti, didakwa mengedar enam keping gambar lucah adegan seks dalam bentuk salinan fotostat kertas bersaiz A4 di Court Mammoth, Jalan Abdul Aziz, Kuantan, kira-kira 8 pagi hingga 12 malam, antara 28 Jun dan 7 Julai lalu.

Majistret Iriane Isabelo, yang mengutuk perbuatan itu, berkata tertuduh yangberagama Islam sepatutnya dikenakan hukuman rejam, lapor Bernama.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, pada 13 Julai lalu, seorang kerani wanita berusia 41 tahun telah membuat laporan polis berkaitan pengedaran gambar lucah yang didakwa dilakukan oleh suaminya.

Pendakwaan dijalankan oleh Cif Insp Muhamad Azman Ariffin manakala tertuduh tidak diwakili oleh peguam.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS