Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dakwaan beli undi di MU, PAS buat laporan polis

Empat hari selepas menang tipis dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai, PAS membuat aduan di balai polis Kuala Krai berhubung taktik Umno membayar elaun tambang kepada pengundi luar yang pulang untuk mengundi pada 14 Julai lalu.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Krai, Mahadi Mat Zain, dengan ditemani Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman dan timbalannya, Hisham Fauzi, membuat laporan polis semalam, meminta mendesak pihak berkuasa menyiasat perkara itu.

Mereka menuduh BN dan Umno telah merasuah pengundi pada hari pengundian dalam sebuah premis Kesedar di Sungai Peria.

Mahadi mendakwa, pengagihan wang tunai untuk tujuan tersebut berlaku kira-kira 50 meter dari pusat pengundian SK Perai. Malaysiakini menyiarkan rakaman video insiden tersebut.

Dalam laporannya, Mahadi berkata beliau dimaklumkan oleh petugas parti itu mengenai aktiviti tersebut pada kira-kira jam 10.30 malam 14 Julai, dan beliau bersama seorang peguam dan empat petugas sukarela dari Mafrel telah pergi ke tempat tersebut.

Menurutnya, bila mereka tiba di situ, mereka ternampak orang ramai berbaris di depan sebuah rumah kayu untuk mendapatkan wang tersebut.

Katanya, mereka cuba masuk ke dalam rumah tetapi dihalang daripada berbuat demikian.

Baca berita penuh


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS