Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
RM750,000 nilai wang palsu ditemui di rumah bekas tentera
Diterbitkan:  Jul 16, 2009 12:37 PM
Dikemaskini: 5:11 AM

Polis Thailand merampas lebih 13,000 keping wang RM50 palsu bernilai antara RM650,000 dan RM750,000 di Lopburi dua hari

lalu.

Wang-wang tersebut ditemui ketika polis menyerbu rumah seorang bekas pegawai kanan tentera di wilayah di luar Bangkok itu yang turut menemui senjata api, lapor Bernama dari kota itu.

Ketua pencegah jenayah dua divisyen, Kol Akradej Pimolsri memberitahu media, serbuan tersebut dibuat hasil maklumat orang ramai bahawa bekas pegawai tentera tersebut menyimpan senjata api di rumahnya.

Rampasan wang itu yang dicetak di Thailand dipercayai yang terbesar sejak beberapa tahun lalu.

"Sebelum ini ada maklumat bahawa ringgit palsu dicetak di Kemboja. Tetapi kini kami ada maklumat ia mungkin dicetak di luar Bangkok," seorang pegawai polis dipetik berkata.

Semalam, polis Thailand menahan seorang pembawa dolar Amerika palsu yang mempunyai nilai 13 juta baht di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Bangkok.

Lelaki berumur 36 tahun tersebut memberitahu bahawa dia merupakan bekas pemberi maklumat polis dan membawa wang tersebut untuk operasi polis.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS