Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pengundian dijangka melebihi 85%
Diterbitkan:  Jul 14, 2009 3:19 PM
Dikemaskini: 9:02 AM

Jumlah peratusan pengundi bagi pilihanraya kecil DUN Manek Urai hari ini dijangka melebihi 85 peratus yang dicatat dalam pilihanraya umum tahun lalu.

Ini berdasarkan ramai pemilih yang keluar mengundi sebaik sahaja proses pengundian bermula pada jam 8 pagi tadi.

Pada jam 10 pagi tadi, peratus pemilih yang keluar mengundi sudah mencecah 38.3 peratus atau 4,706 pemilih.

Jumlah itu meningkatkan kepada 57.6 peratus atau 7,085 orang pada jam 11 pagi. Dan pada jam 12 tengahari, peratusan tersebut sudah mencecah 68.4 peratus atau 8,415 orang.

bm version kerusi dun manek urai 220509 Pada jam 2 petang tadi, jumlah mereka yang keluar mengundi mencecah 80 peratus atau 9,845 orang.

Dan pada jam 3 petang, ia terus meningkatkan kepada 83.89 peratus atau 10,312 orang walaupun ada dua jam lagi untuk mengundi, sebelum pengundian tamat pada jam 5 petang.

Dalam pilihanraya umum lalu, kira-kira 10,000 orang keluar mengundi di mana calon PAS, Ismail Yaakob mendapat 5,746 undi dan calon BN, Zulkepli Omar mendapat 4,394.

Ismail menang dengan majoriti 1,352 undi.

Sementara itu, calon BN Tuan Aziz Tuan Mat yakin peluangnya merampas kerusi DUN Manek Urai "lebih cerah" jika peratusan keluar mengundi meningkat.

Ditemui dekat pusat membuang undi di Chuchoh Puteri, beliau berkata peratusan tinggi itu bermakna ramai pengundi muda keluar membuat pilihan dan memangkah BN.

Wartawan Malaysiakini: Kuek Ser Kuang Keng, Hafiz Yatim, Jimadie Shah Othman, Wong Teck Chi, Ng Kok Fong dan Amiruddin Abdullah.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS