Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP-PAS Kedah 'rujuk' semula
Diterbitkan:  Jul 10, 2009 3:37 PM
Dikemaskini: 11:57 AM

DAP Kedah hari ini memutuskan untuk menarik balik keputusannya keluar dari kerajaan Pakatan Rakyat Kedah.

Sebelum ini, DAP negeri menarik balik sokongan kepada kerajaan PAS Kedah ekoran perobohan satu-satunya rumah sembelih babi di Kampung Berjaya di Alor Star.

Berikutan itu, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang telah mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bagi menyelesaikan isu tersebut.

Azizan juga dilaporkan berkata kerajaan negeri akan mencari tempat gantian bagi membina rumah sembelih babi yang baru.

Pengerusi DAP Kedah, Thomas Su berkata mesyuarat pagi ini bersetuju untuk menarik keputusan keluar dari Pakatan kedah.

Katanya, keputusan itu dibuat ekoran janji menteri besar Kedah untuk menyelesaikan isu berhubung perobohan rumah sembelih tersebut.

Thomas berkata, surat mengenainya akan dihantar secepat mungkin bagi memaklumkan keputusan terbaru tersebut.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS