Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Akhbar rasmi PAS Harakah keluaran terbaru menjadi tumpuan ramai ekoran laporan yang menyatakan percetakannya dihentikan sementara bagi membuang artikel mengenai isu kerajaan perpaduan.

Artikel tersebut tulisan ahli parlimen Kuala Selangor dan juga ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad diberikan tajuk " Gagasan Pemikiran Kerajaan Perpaduan, Mana Silapnya? ".

Difahamkan, artikel tersebut asalnya dimuatkan dalam sisipin akhbar itu Fikrah tetapi dibuang sewaktu sedang dicetak di kilangnya di Shah Alam.

Semakan Malaysiakini pada Harakah edisi Jumaat akhbar dwimingguan itu - yang mula berada di pasaran hari ini - mendapati ia tidak memuatkan tulisan bekas pengarah Pusat Penyelidikan PAS itu.

harakah edisi julai 2009 Tulisan itu turut disiarkan dalam edisi dalam talian laman web akhbar tersebut Harakahdaily Selasa lalu tetapi tidak lama selepas itu turut dibuang.

Tidak dapat dipastikan tarikh dan masa ia dibuang, tetapi ia tidak lagi berada dalam arkib laman web tersebut.

Tindakan penerbitan dan pembuangan artikel itu menjadi buah mulut di kalangan ahli dan penyokong PAS sendiri, termasuk di internet.

Tindakan membuang rencana bekas ahli akademik itu dipercayai dibuat selepas seorang pemimpin kanan parti itu, yang mempunyai pengaruh dalam sidang pengarang Harakah , mempertikai idea-idea Dr Dzulkefly yang menolak gagasan kerajaan perpaduan saranan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ketua Pengarang Kumpulan Harakah Ahmad Lutfi Othman, ketika dihubungi, enggan mengulas mengenai perkara itu.

Malaysiakini gagal mendapatkan ulasan ulasan Dr Dzulkefly, setakat hari ini.

Saranan mengadakan perbincangan kerajaan perpaduan PAS-Umno bermula Februari lalu lagi tetapi menonjol lebih jelas di muktamar ke-55 kira-kira sebulan lalu sehingga diredakan 22 Jun apabila ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat menolaknya.

Dr Dzulkefly, dalam artikel itu mengulas, menyenaraikan tiga hujah penolakan terhadap idea itu:

bullet button Kerajaan perpaduan dalam apa jua bentuknya berlawanan dengan pembangunan politik baru Malaysia sejak Mac 2008, yang cenderung ke arah sistem dua parti – BN lawan Pakatan.

bullet button Bersandarkan kaedah usul fekah, PAS sebagai gerakan Islam harus menolak mudarat (pengaruh parti merosot sejak pilihanraya umum lalu) berbanding mengejar kemaslahatan (mengatasi krisis dalam negara).

bullet button Berdasarkan pengalaman pahit PAS bersama Umno selama ini, perbincangan kerajaan perpaduan hanya akan memberi manfaat yang cukup besar kepada Umno tetapi pada masa yang sama merugikan PAS dan Pakatan.

Dr Dzulkefly memulakan hujahnya dengan menegaskan bahawa idea kerajaan perpaduan, walaupun disuarakan Abdul Hadi, tetapi menyanggahnya bukan bermakna tidak wala' (setia) atau kurang hormat kepada presiden parti.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS