Siswa UM bebas, disambut keluarga
Abdul Rahim Sabri
Jul 1, 09
11:01am
kemaskini 2.20am Dua pelajar Universiti Malaya, yang dituduh menconteng dan cubaan membakar dewan minggu lepas, dibebaskan hari ini selepas dijamin RM5,500 tiap seorang.

mohd izzuddin hilmi Mohd Izzuddin Hilmi (kiri bersama ibunya) dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli (bawah bersama neneknya) dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur lewat petang semalam sehingga tidak sempat membayar ikat jamin akibat prosiding yang berakhir 5.30 petang.

Exco kerohanian Majlis Perwakilan Mahasiswa UM (MPMUM) Mohd Aizat Mohd Salleh memberitahu Malaysiakini, kedua-duanya dibebaskan di kompleks mahkamah Jalan Duta jam 12 tengah hari dengan ibu bapa dan ahli keluarga masing-masing.

Beliau difahamkan, kedua-dua pelajar Akademi Pengajian Islam itu "mendapat layanan yang baik" sewaktu dalam tahanan polis sejak Rabu lalu.

Mohd Aizat juga berkata, ibu bapa kedua-dua tertuduh sudah membayar ikat jamin tersebut jam 11 pagi untuk membolehkan mereka dibebaskan.

Mohd Izzuddin dan Mohd Syahruldeen kemudian terus pulang ke rumah keluarga masing-masing di Setapak, Kuala Lumpur dan Chemor, Perak.

mohd syahruldeen ahmad rosli"Setakat ini, mereka berdua akan berehat dan tidak pasti perancangan selepas ini," kata Mohd Aizat lagi.

Satu sumber polis memberitahu Malaysiakini semalam, kesalahan tersebut dipercayai dilakukan oleh lima orang, termasuk dua menconteng, dua mengawasi kawasan sekeliling sewaktu kejadian dan seorang lagi dianggap dalang perbuatan itu, .

Polis sedang mencari tiga lagi suspek, termasuk presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) Shazni Munir Mohd Ithnin.

Keluarga Mohd Izzuddin dan Mohd Syahruldeen masing-masing juga membayar ikat jamin RM500 lagi bagi kesalahan yang didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur sebelumnya.

um student supportersKedua-duanya didakwa menconteng perkataan-perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Rosmah Mansor, Rabu lalu.

Selain menconteng, mereka juga dituduh menyimbah petrol di permaidani merah beberapa jam sebelum dilalui oleh isteri Datuk Seri Najib Razak untuk menyertai kempen derma 'Power of 10 Sen: Gaza Dibela' bagi anak-anak Palestin di dewan utama Akademi Pengajian Islam.

Mohd Izzuddin dan Mohd Syahruldeen mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan.
 
 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 2800+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner