Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
H1N1 meningkat lagi - 105 kes
Diterbitkan:  Jun 26, 2009 1:52 PM
Dikemaskini: 11:19 AM

dikemaskini Wabak selesema A (H1N1) terus merebak dengan jumlah setakat ini 105 kes apabila 14 lagi kes baru termasuk satu penularan tempatan disahkan hari ini.

Dua kelas SMK Abdul Rahim 2 di Kudat ditutup apabila seorang guru disahkan positif kes tersebut setelah pulang dari Istanbul, Turki.

Wanita 24 tahun melancong selama 17 hari hingga 18 Jun bersama

kakaknya. Beliau kembali ke Malaysia dengan penerbangan MH 031 ke Kuala Lumpur dan MH 2604 ke Kota Kinabalu.

"Beliau hanya menunjukkan gejala demam dan batuk pada 23 Jun. Beliau hanya pergi mengajar pada 22 Jun. Kes telah pergi mendapatkan rawatan di Hospital Kudat pada 23 Jun dan telah dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu dan disahkan positif 25 Jun," kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican hari ini.

"Seramai lapan orang ahli keluarga dan 125 orang murid dan guru telah diletakkan di bawah arahan kuarantin di rumah. Manakala dua kelas di sekolahnya telah ditutup."

Seorang kanak-kanak 6 tahun mendapat jangkitan tempatan, menjadikannya kes ke-15 sejak 17 Jun lalu.

"Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara, telah diletakkan di bawah kuarantin di rumah dan diberi profilaksis antivirus sejak 24 Jun.

"Beliau telah mengalami gejala demam dan batuk pada 24 Jun dan terus dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang pada hari yang sama untuk penyiasatan.

"Beliau telah disahkan dijangkiti influenza A(H1N1) pada 25 Jun. Pada masa ini beliau dalam keadaan stabil dan sedang diberi rawatan antivirus," kata Dr Mohd Ismail lagi.

Jumlah pesakit influenza A(H1N1) yang masih dirawat di hospital kini 40 orang dan kesemua mereka telah menunjukkan respons yang baik kepada rawatan tanpa komplikasi.

Jumlah pesakit mengikut hospital: Hospital Sungai Buloh (22 pesakit), Hospital Kuala Lumpur (5), Hospital Pulau Pinang (3), Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar (1), Hospital Kulim (1), Hospital Tuanku Jaafar, Seremban (3), Hospital Umum Sarawak (1), Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu (2), Hospital Sandakan (1) dan Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru (1).

Jumlah pesakit yang telah sembuh rawatan setakat ini 65 orang dan dan telah didiscaj dari hospital.

Seramai 2,300 pelajar, guru dan kakitangan terlibat dalam penutupan empat buah sekolah selama seminggu mulai Ahad lalu bagi mengekang penularan tempatan wabak tersebut.

"Tiada arahan baru penutupan sekolah dan satu tindakan penutupan kelas dikenakan ke atas SMK Abdul Rahim 2, Kudat semalam dan muridnya telah dikuarantin," kata Dr Mohd Ismail.

"Jumlah murid yang terlibat penutupan kelas pada 25 Jun adalah 625

orang."


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS