Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Keputusan isu PPSMI awal Julai
Diterbitkan:  Jun 23, 2009 10:48 AM
Dikemaskini: 7:58 AM

kemaskini 11.28am Kerajaan akan mengumumkan keputusan menyeluruh berhubung kontroversi pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), awal Julai ini.

Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan demikian - jaminan yang paling konkrit pernah disampaikan oleh kerajaan - ketika menjawab soalan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) di Parlimen pagi ini.

Makin banyak pihak mempertikaikan PPSMI akhir-akhir ini sejak ia diperkenalkan pada 2003.

Pada Mac lalu, ribuan penentang dasar ini berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong dengan harapan baginda campur tangan.

Baca berita penuh


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS