Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
3 lagi kes tempatan, 2 sekolah ditutup
Diterbitkan:  Jun 22, 2009 2:22 PM
Dikemaskini: Jun 23, 2009 1:05 AM

kemaskini 6.51pm Tiga lagi kes penularan tempatan wabak jangkitan influenza A (H1N1) dikesan di negara ini, menjadikan semuanya tujuh kes, tidak termasuk 51 kes import.

"Kesemua lima kes import dan tiga (tempatan) jangkitan tersebut adalah warganegara Malaysia.

"Lima kes import adalah dari Australia (2 kes), United kingdom (1), Manila (1) dan Phuket (1)," kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

Daripada tiga kes tempatan yang terkini, seorang daripadanya murid 11 tahun di SRK Assunta 2, Petaling Jaya yang dijangkiti daripada kes-43, seorang rakan sebaya yang pulang bercuti dari Melbourne, 14 Jun lalu.

Kedua-duanya berada di bilik darjah berlainan dan akibat penularan berkenaan, sekolah tersebut ditutup mulai hari ini, menjadikan dua buah sejak semalam.

Sementara tiga lagi bilik darjah di tiga buah sekolah masing-masing di Cheras, Petaling Jaya dan Shah Alam diarah berbuat demikian hari ini.

"Buat masa ini dua buah sekolah iaitu SRJK(C) Jalan Davidson, Kuala

Lumpur dan SRK Assunta 2 telah ditutup bermula

masing-masing pada 21 Jun dan 22 Jun.

"Sementara itu bagi Seri Cempaka International School, Batu 9 Cheras, Selangor; SMK Seksyen 9 Shah Alam dan SMK Damansara Utama, Petaling Jaya di mana satu kelas sahaja telah diarah tutup di sekolah masing-masing bermula 22 Jun.

"Semua penutupan ini dilaksanakan sehingga 26 Jun. Manakala bagi SM Wangsa Maju, Kuala Lumpur, satu kelas juga diarah tutup sehingga 25 Jun," kata Dr Mohd Ismail dalam kenyataan sama.

Sementara dua lagi kes penularan tempatan melibatkan dua wanita, masing-masing 25 dan 18 tahun, yang dijangkiti daripada individu yang sama (kes ke-48), seorang pelajar lelaki Universiti Toronto

warganegara Malaysia berumur 21 tahun.

Mangsa pergi ke Toronto pada 10 Jun untuk menghadiri majlis konvokesyen bersama ibunya dan tiba di lapangan terbang KLIA pada 16 Jun lalu.

Kedua-dua wanita mangsa terbaru jangkitan tersebut kini dirawat di

Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star sejak 20 Jun dan disahkan positif sehari kemudian.

Sehubungan dengan ini, Kementerian Kesihatan menasihatkan semua ibu bapa kepada pelajar-pelajar sekolah yang terlibat memastikan anak-anak mereka berada di rumah dan tidak pergi ke tempat-tempat awam.

"Manakala ibu bapa dan ahli keluarga kepada anak-anak yang diletak bawah kuarantin di rumah boleh menjalani aktiviti harian seperti biasa," kata Dr Mohd Ismail lagi.

"Bagaimanapun ibu bapa dan ahli keluarga kepada kes yang disahkan

positif hendaklah menjalani kuarantin di rumah seperti yang diarahkan

oleh kementerian.

"Kepada pelajar-pelajar dari sekolah terbabit, sekiranya mengalami gejala demam dan tanda-tanda seperti batuk, sakit tekak dan selesema hendak segera mendapatkan rawatan di hospital."

Kementerian juga sedang mengesan kesemua kontak lima pesawat termasuk anak kapal dan penumpang bagi penerbangan-penerbangan berikut:

bullet button MH122 - mendarat di KLIA pada 16 Jun,

bullet button MH1 Delta - mendarat di KLIA pada 18 Jun,

bullet button MH148 - mendarat di KLIA pada 19 Jun,

bullet button MH705 - mendarat di KLIA pada 15 Jun, dan

bullet button AK837 - mendarat pada 21 Jun 2009.

Dr Mohd Ismail menambah, pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah yang terlibat boleh menghubungi sekolah atau pejabat kesihatan daerah terdekat untuk mendapat nasihat dengan lebih lanjut.

Sejumlah 42 kes daripada 58 kes yang disahkan positif influenza A (H1N1) masih dalam rawatan di: Hospital Sungai Buloh (22 kes), Hospital Kuala Lumpur (7), Hospital Tuanku Jaafar, Seremban (3), Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang (4), Hospital Ipoh (1), Hospital Pulau Pinang (2) dan Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star (3).

"Kesemua diberikan rawatan antivirus dan dalam keadaan stabil," katanya lagi.

>>> Kenyataan penuh Dr Mohd Ismail

ADS