Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan berharap ahli-ahli PAS tidak salah faham dengan SMS Harakah yang menyebut beliau mengumpamakan perbincangan PAS-Umno sebagai "usaha berdakwah Nabi Musa kepada Firaun".

nasrudin hassan tantawi pas youth leader interview 160609 03 "Diharapkan pembaca dan ahli (PAS) tidak salah faham dan (boleh) memahami maksud sebenar saya.

"Yang lain itu soal teknikal saya dengan Harakah ," katanya, yang juga ahli lembaga pengarah organ PAS itu.

Khamis lalu, dengan memetik wawancara Nasruddin dengan Malaysiakini, media rasmi parti menghantar mesej SMS yang berbunyi:

"Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan umpamakan perbincangan PAS-Umno itu satu usaha berdakwah Nabi Musa kepada Firaun, bukan bertujuan sertai Umno."

Sehubungan itu, Nasrudin, yang turut melanggan perkhidmatan SMS itu, membuat penjelasan di blognya Episod Sebuah Perjuangan (http://episodeperjuangan.blogspot.com) pada hari yang sama.

Ahli minta penjelasan

Dalam blognya itu, Nasrudin berkata, SMS Harakah tersebut menimbulkan kekeliruan berikutan isu kerajaan perpaduan yang sedang hangat dibicarakan.

"Saya rasa tidak adil jika wawancara lebih sejam bersama wartawan Malaysiakini, hanya dirumus seringkas empat atau lima baris ayat sahaja.

"Sebenarnya saya bukan bercakap soal perbincangan PAS-Umno, tetapi saya sedang bercakap mengenai prinsip dakwah yang dibawa oleh PAS," tulis Nasrudin.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Nasrudin berkata beliau menjelaskan hal tersebut dalam konteks dakwah dan tidak membawa maksud soal pandangan dan kerjasama PAS-Umno.

Katanya, terdapat di kalangan ahli dan pemimpin PAS yang meminta penjelasannya berhubung perkara itu kerana "nampak salah".

"Nabi Musa berjumpa Firaun bukan hendak berunding, tetapi berdakwah," katanya.

Wawancara bahagian pertama

Berita Pemuda PAS: Kes liwat Anwar tidak jejas Pakatan

Wawancara bahagian kedua

Berita PAS tawan Sabah, Sarawak

Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS