Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, beliau tidak mahu PAS berpecah dalam isu perbincangan kerajaan perpaduan antara kedua-dua parti itu.

“Saya berharap tidak berlaku perpecahan berhubung sokongan Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa terhadap kerajaan perpaduan dengan Umno,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat Umno di ibu negara hari ini.

Bagaimanapun, kata Hishammuddin, jika ada syarat dan perbincangan itu tidak dapat diadakan, maka ia tidak bermakna Umno dan BN tidak boleh meneruskannya mengikut caranya.

hishammuddin hussein 03 “Perbincangan mengenai perpaduan, menurut pendapat saya adalah baik dan diharap ia menjadi kenyataan.

“Jika perbincangan ini menjadi kenyataan, Alhamdulillah. Saya tidak mahu Umno berpecah. (Dan) mengapa (pula) saya mahu melihat PAS bergaduh sesama sendiri.

Hishammuddin menambah “cukup-cukuplah berpolitik kerana saya rasa orang sudah muak dengan politik setiap hari".

Katanya, apa sahaja isu mengenai kerajaan perpaduan, BN akan memastikan visi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadi kenyataan.

Isu penyeludupan manusia

"Dalam Umno, kita telah melakukan perubahan iaitu pindaan perlembagaan, jadi kita tidak membuat kenyataan yang retorik, (tetapi) kami sudah bertindak.

"Dalam masa yang sama, kita telah bekerja ke arah misi dan visi perdana menteri supaya menjadi visi yang lengkap,” katanya.

Hishammuddin yang juga menteri dalam negeri turut mengulas laporan tahunan mengenai penyeludupan manusia oleh Amerika Syarikat.

"Saya mahu tahu dari aspek mana penyeludupan yang mereka katakan itu.

"Hari ini, saya menerima notis dari kedutaan Amerika bahawa mereka akan menulis surat secara rasmi dan saya akan bekerjasama dengan mereka dan NGO untuk menyelesaikan perkara tersebut,” katanya.

Hishammudin berkata, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk menghadapi tuduhan antarabangsa berhubung perkara itu.

"Dalam dunia tanpa sempadan sekarang, sempadan kita mudah bolos, jadi sebab itu mengapa (kita) perlu bekerjasama dengan negara-negara jiran untuk menangani krisis tersebut,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS