Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nizar fail rayuan, pohon didengar 11 hakim
Diterbitkan:  Jun 19, 2009 6:32 PM
Dikemaskini: 11:45 AM

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah.

Dalam permohonannya juga, Nizar turut menyertakan permohonan kepada Ketua Hakim Negara supaya kes itu didengar di hadapan 11 hakim.

nizar jamaluddin court 190609 Mahkamah menetapkan permohonannya itu didengar di Mahkamah Persekutuan pada 9 dan 10 Julai depan.

Nizar tiba di mahkamah di Putrajaya pada jam 3.05 petang dan diikuti oleh peguamnya, Leong Cheok Keng 10 minit kemudiannya.

Beliau memfailkan rayuannya walaupun tidak memperolehi penghakiman bertulis dari Mahkamah Rayuan.

Menurutnya, rayuan tersebut berdasarkan kepada alasan-alasan yang dinyatakan dalam penghakiman lisan oleh panel tiga hakim hampir sebulan lalu, pada 22 Mei.

Baca berita penuh


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS