Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tinjauan: 80% tolak Chin Peng balik
Diterbitkan:  Jun 15, 2009 4:08 PM
Dikemaskini: 8:16 AM

Lapan puluh peratus dari 10,000 responden kaji selidik berkumpulan Jabatan Penerangan Malaysia tidak mahu Chin Peng dibenarkan

pulang atau diberi kerakyatan.

Ketua pengarah jabatan tersebut Datuk Abdullah Morad berkata, kaji

selidik itu dilakukan di kalangan pelbagai kaum di seluruh negara setelah timbul cadangan pihak tertentu yang bersetuju membenarkan bekas pemimpin atasan Parti Komunis Malaysia (PKM) itu pulang atas aspek kemanusiaan, lapor Bernama .

"Kajian mendapati rakyat semua kaum tidak dapat menerima Chin Peng kerana kekejaman yang pernah dilakukannya sewaktu zaman darurat dan selepas negara mencapai kemerdekaan," beliau dipetik berkata selepas merasmikan Program Sepakat Bestari di Kampung Singkir Laut dekat Yan hari ini.

Katanya, kenyataan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukan Chin Peng dibenar pulang atas alasan kerajaan pernah membenarkan beberapa anggota komunis pulang ke tanah air "hanya akan menimbulkan kekeliruan".

"Negara boleh menjadi porak peranda dan rakyat akan terkeliru jika isu Chin Peng terus dimainkan oleh pemimpin politik pembangkang sebagai modal meraih simpati.

"Walaupun rakyat menolak hasrat kepulangan Chin Peng, tetapi masih ada pihak tertentu terutama pemimpin politik menjadikan ia sebagai isu," kata Abdullah seperti dilaporkan.

Tambahnya, rakyat dari semua kaum yang cintakan negara ini haruslah menghormati Rukun Negara dan keputusan kerajaan tidak membenarkan Chin Peng pulang.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS