Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
H1N1: Dua lagi kes disahkan
Diterbitkan:  Jun 10, 2009 2:33 PM
Dikemaskini: 7:28 AM

Dua lagi kes influenza A (H1N1) disahkan, membabitkan seorang pelajar Amerika dan seorang rakyat New Zealand - menjadikan sembilan kes H1N1 dikesan sehingga ini.

swine flu h1n1 flu pandemic 180509 Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata, pesakit kelapan ialah pelajar Amerika berusia 17 tahun yang tiba dengan pesawat MH91 dari Newark, United States.

Dia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala LUmpur (KLIA) Isnin lalu, lapor The Star.

Pesakit kesembilan pula ialah seorang rakyat New Zealand yang menaiki pesawat AirAsia Dx7 2723 Jumaat lalu - pesawat yang sama dinaiki pelajar yang disahkan menghidap N1H1 sebelum ini.

"Dia kemudiannya meneruskan penerbangan ke Pulau Pinang dengan pesawat MH1138 dan tiba di sana jam 10.15 pagi," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS